Quote by John C. Maxwell

A leader is one who knows the way, goes the way, and shows the way

MPP UMUM 1/2

Petikan kata-kata ikon Aspirasi Mahasiswa, Kolej Burhanuddin Helmi

MPP UMUM 1/2

Petikan kata-kata ikon Aspirasi Mahasiswa, Kolej Burhanuddin Helmi

Thursday 28 August 2014

Gabungan Mahasiswa UKM Masih Di Takuk Lama

Serangan siber yang dilancarkan GMUKM saban tahun untuk memanipulasi psikologi dan persepsi mahasiswa/wi UKM dan bakal pelajar tahun 1 setiap kali sesi kemasukannya telah mulai hilang kreativitinya. Barangkali ketandusan modus operandinya menyebabkan daya keintelektualan dan budaya ilmu yang kononnya disanjungi ketika dahulu merundum dengan pesatnya.


Penulis melihat melalui post yang dipaparkan melalui Facebook rasminya hanya menunjukkan bahawa golongan ini semakin hari semakin paranoid dengan bayang ‘Aspirasi’. Penulis yakin bahawa mereka sendiri berasa kabur dengan pengisian ‘Apresiasi Aspirasi’ sebagaimana yang telah direncanakan untuk dijayakan oleh semua Pemudah Cara (PC) 14/15 ini. Akhirnya mereka hanya menimbulkan kontroversi pada satu slot itu sahaja melalui penandaan yang telah dibuat. Kegagalan mereka memahami slot itu juga sebagai tanda kesombongan mereka untuk tidak bertanya kepada yang arif perihal pengisian ataupun PC pro GMUKM sendiri gagal memberi kefahaman yang baik kepada kumpulan sokongan mereka.

Perkara yang lebih mengecewakan dalam post tersebut apabila tentatif yang telah dirancang dengan penuh teliti demi memenuhi aspirasi (rujuk makna -  http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aspirasi) universiti dan negara gagal difahami dengan baik oleh GMUKM. Kejahilan dalam memahami tujuan sebenar pengisian Minggu Mesra Mahasiwa (dahulunya Minggu Mesra Pelajar) hanya membawa mereka kepada satu isu yang cukup remeh, “Isu Aktiviti Tamat Mengikut Jadual” . Di manakah keupayaan analisis yang kritikal yang mereka bicarakan? Adakah hanya satu retorik semata-mata? Apakah peranan PMUKM yang sewajarnya memberi kefahaman kepada golongan ini berkaitan hasrat Dato’ Naib Canselor untuk menerapkan semangat The Guardian of Nation dalam kalangan pelajar kemasukan baru ini?

Maka penulis dapat memahami bahawa mereka hanya berniat untuk mengganggu gugat perjalanan program Minggu Mesra Mahasiswa sahaja dan menimbulkan ketidak senangan kepada bakal mahasiswa UKM sesi 2014/2015. Kesimpulannya kami daripada urusetia Aspirasi UKM menasihatkan kepada mereka agar berfikirlah dengan bijak selaras dengan kedudukan mereka sebagai mahasiswa yang dipandang sebagai golongan ilmuan muda. Andai mereka gagal memahami maksud ini, maka benarlah budaya politik dan tahap keilmuan mereka masih di takuk lama.

Monday 25 August 2014

Minggu Mesra Pelajar kepada Minggu Mesra Mahasiswa

Assalamualaikum W.B.T

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk bakal mahasiswa yang mendapat tawaran di pusat pengajian seluruh Malaysia akan memasuki alam pengajian baru. Ini juga bermaksud mereka akan memasuki satu fasa yang lebih tinggi di dalam hidup. Segala persiapan masih lagi sibuk dilakukan tidak kiralah oleh pihak Univeristi atau bakal mahasiswa itu sendiri.

Malah, tidak ketinggalan Universiti Kebangsaan Malaysia yang sibuk dengan segala persiapan bagi menyambut bakal mahasiswa yang akan ke sini. Jadi, di sebalik segala persiapan yang dilakukan, pihak Universiti Kebangsaan Malaysia turut menjanjikan suatu minggu perkenalan yang diberi nafas baru, idea yang dilontarkan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dato. Dr Norazlan Ghazali.

Jadi, lontaran idea menukar nama Minggu Mesra Pelajar kepada Minggu Mesra Mahasiswa juga tepat pada masanya yang dilihat menjanjikan satu minggu yang pastinya menyeronokkan, informatif, serta melibatkan ramai pihak termasuk ibu bapa dan pihak fakulti itu sendiri.

Masih tidak terlambat lagi rasanya jika kami di barisan Aspirasi Mahasiwa Kolej Burhanuddin Helmi mengucapkan selamat datang ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Selamat Maju Jaya.

Guardian of the Nation




Sunday 24 August 2014

GMUKM Gagal Memperjelas Isu Rayuan Pelajar STPM

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) telah menimbulkan polemik yang berterusan apabila mereka cuba menangani isu pelajar yang tidak berjaya memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT) melalui UPU dengan metod yang tidak selari dengan sistem dan tidak berkesan. Niat mereka yang baik ini akhirnya tercemar dengan tindakan populis mereka. Hal ini berlaku kerena mereka sendiri tidak merujuk kepada agensi kerajaan yang diberi kuasa perundangan (UPU) sebelum menjadi penghubung antara bakal mahasiswa dengan kerajaan. Akhirnya kegagalan ini sendiri telah menunjukkan sikap sesetangah perwakilan mahasiswa yang tidak menguasai kemahiran profesionalisme dan sistem birokrasi.

Polemik ini bukan sahaja memberi imej buruk terhadap agensi kerajaan tetapi secara langsung memberi kesan buruk kepada nama baik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila tindakan tidak professional ini telah disandarkan kepada UKM melalui logo rasminya dan Yang Di-Pertua PMUKM telah menjadi salah satu pendokong utama usaha tersebut. Maka, Aspirasi UKM telah tampil mempersoalkan tindakan barisan MPMN (yang didalangi kelompok Pro-M) melalui videonya :- 



Lawati Page Urusetia Aspirasi UKM untuk maklumat lanjut.

Rantaian kemelut ini menjadi semakin kompleks kerana GMUKM akhirnya telah bersuara sebagai refleks kepada kejadian malang ini. Namun jangkaan saya terhadap barisan GMUKM untuk menjelaskan isu ini dengan baik adalah tersasar jauh kerana mereka bukan sahaja tidak mampu menampilkan maklum balas yang nyata tetapi juga memutar isu 360º.



Inilah permainan hebat GMUKM dan penyokong tegar GMUKM diperingkat UKM dan Pro-M di peringkat nasional pasti akan terpedaya dengan helah murahan ini. Namun saya yakin mahasiswa hari ini bijak untuk berfikiran kritikal dan analitikal untuk mengintepretasi kejaian ini dengan fikiran yang matang. Akhirnya satu persoalan peribadi timbul, adakah sekadar ini sahaja keintelektualan yang ingin mereka pertontonkan kepada mahasiswa kini? Andai benar ‘ya’ jawapannya, maka nasihat saya hentikanlah perjuangan anda sebelum kemudharatan yang dicipta ini kian merebak.

"Memupuk Budaya Komuniti Varsiti Yang Ideal"

Majlis Perwakilan Pelajar,
Umum 1/2 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Monday 17 March 2014

Insiden di Kolej Ibrahim Yaakub : Tuduhan atas angin MPP tanpa penjelasan

Kemelut yang berlaku di Kolej Ibrahim Yaakub berkaitan kegiatan ‘spot check’ seorang felo lelaki yang ditemani dengan felo wanita telah menimbulkan satu bentuk atmosphere yang tidak sihat dalam kalangan mahasiswi UKM. Kemelut ini sebenarnya diburukkan lagi apabila terdapat sebahagian daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam PMUKM sendiri memperbesarkan isu ini hingga ke khalayak umum. Walaupun ada kebenarannya agar mahasiswi daripada setiap kolej perlu berhati-hati tetapi kesan disebaliknya akan menimbulkan perasaan tidak senang dan syak wasangka hinggakan situasi semasa tidak lagi bersifat kondusif. Ini yang harus difahami dan perlu dielakkan serta setiap MPP perlu untuk menjaga keharmonian ini. Bukannya mengeruhkan keadaan.


Pada awalnya, saya memuji tindakan MPP Mohd Hafizi selaku MPP UMUM ½ dan menjawat dalam Biro Kebajikan & Khidmat Sosial kerana mengambil tindakan proaktif dan cakna terhadap masalah yang dialami oleh sekelompok pelajar. Tetapi lama-kelamaan setelah pemerhatian dibuat, MPP Hasyimah yang mewakili kerusi yang sama melakukan tindakan yang tidak membantu. Bagi saya, ini merupakan satu pendekatan yang populis kerana hanya menarik tumpuan dan perhatian mahasiswa/wi tanpa solusi. Walaupun pada awalnya tindakan ini untuk membela pelajar terbabit, tetapi kini kita dapati bahawa sentimen telah dimainkan dan terdapat motif yang meragukan daripada dua MPP ini.

Pada hemat saya, apabila kita sebagai MPP benar-benar ingin membela mahasiswa/wi UKM, kita mestilah memastikan agar output nya memberi kesan dan jangan terlalu banyak suara-suara lantang berkumandang tetapi hanya sekadar input semata-semata. Saya perlu tegaskan di sini bahawa mereka perlu faham akan beberapa perkara. 1, isu ini melibatkan Kolej kediaman – Kolej Ibrahim Yaakub, maka sewajarnya perkara ini perlu ditangani dengan serius daripada Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) sendiri sebagai badan yang memiliki kuasa di kolej berbanding MPP. Isu ini sebenarnya bukan isu baru bahkan pernah berlaku di kolej lain. Tetapi hal ini tidak diperbesarkan kerana barisan MEP dan Pengurusan menanganinya dengan kadar segera dan memastikan isu seperti itu tidak berulang lagi dan terdapat beberapa mekanisme yang ditambah baik agar maruah siswi terpelihara jika terdapat pegawai pejabat mahupun technician ingin menyelia blok atau ‘flatlet’ mahupun blok wanita.

Kedua ialah mereka sendiri perlu faham konsep keadilan yang ingin dijulang dalam insiden ini. Benar, laporan telah dibuat kepada TNC HEPA berhubung dengan perkara ini, tetapi dengan sikap segelintir MPP ini yang menghentam ‘felo’ itu sendiri telah menafikan keadilan itu sendiri. Kita perlu tahu dahulu, siapakah suspek yang dikatakan sebagai ‘felo lelaki’ ini tadi. Sepanjang penulisan mereka, seolah-oleh mereka sendiri tidak mengenali suspek tersebut. Kedua, sekiranya suspek telah dikenal pasti, sewajarnya suspek juga berhak diberi ruang untuk menjelaskan diri. Ini tidak, pra-syarat ini tidak lagi dipenuhi, tetapi kenyataan yang memainkan perasaan dan emosi mahasiswi semakin menjadi-jadi. Tidakkah ini merupakah penghinaan kepada intelektual mahasiswi?


Jadi, saya menyeru agar mahasiswi perlu sedar isu sebenar yang berlaku termasuk juga siswi yang terbabit dan berikan kerjasama yang sebaiknya kepada pengurusan kolej bagi menangani gejala ini dan sampaikan apa sahaja informasi yang diketahui kepada mereka untuk siasatan dan tindakan yang wajar. MEP KIY juga perlu tampil dan menjelaskan isu ini dengan tegas agar tiada pihak yang boleh mengkotak-katikkan kepimpinan anda dan saya menasahati kepada dua rakan MPP saya untuk mencermati semula situasi yang berlaku.

Sekian, terima kasih.

ANIS ANWAR BIN SUHAIMI,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Umum 1/2 Sesi 2013/2014,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Sunday 16 March 2014

Hedonisme Membunuh

Apa guna agama dan pegangan jika tidak beramal, apa guna peraturan jika tidak dipatuhi. Sebagai rakyat yang bertamandun dan punya akal fikiran, kita sepatutnya sedar bahawa setiap perbuatan yang bakal kita buat akan dihisab dan dinilai.

Budaya hedonisme yang melampau tidak mencerminkan imej negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Budaya seperti ini perlu ditangani dengan segera agar imej negara kita tidak lagi tercalar dan dipandang serong oleh negara luar.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kematian remaja akibat daripada pengambilan dadah dan arak yang berlebihan. Mengapa perkara ini terjadi? Adakah rakyat Malaysia tidak didedahkan dengan bahayanya dadah dan arak? Jawapannya ada pada diri setiap individu kerana walau apapun yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk memberi kesedaran, jika ianya dipandang enteng. Jangan terkejut jika perkara yang sama akan berulang lagi selepas ini.

Lumrah manusia untuk berseronok dan bergembira. Namun jika batas pergaulan tidak dijaga, pegangan agama diketepikan, perkara yang tidak dingini pasti akan berlaku. Mencegah lebih daripada mengubati. Jadi, untuk mengelak perkara seperti ini berlaku, 

kita seharusnya, memikirkan kesan sebelum melakukan sesuatu,

Kesan yang dimaksudkan pula terbahagi kepada beberapa kesan iaitu, kesan kepada diri sendiri, kesan kepada keluarga, juga kesan kepada negara. Anak jenis apa yang mahukan arang terpalit dimuka ibu-bapa mereka. Manusia jenis apa yang mahu menjahanamkan diri sendiri, dan rakyat jenis apa yang mahu melingkupkan negara tumpah darah mereka. 

Selain itu, pihak berkuasa juga perlu mengambil tindakan sebelum perkara buruk berlaku.

Pihak berkuasa sememangnya mempunyai kuasa dalam meluluskan serta membatalkan sesuatu perkara yang berkaitan dengan kuasa mereka. Sebagai contoh, pihak berkuasa perlu menjadi lebih serius dalam menangani budaya hedonisme ini. Tindakan meluluskan sebuah konsert besar-besaran merupakan tindakan yang sangat dikecam walaupun ianya memberi keuntungan kepada negara.

Peranan kerajaan dalam mengawal media juga penting dalam menangani isu ini.

Kerajaan seharusnya menyekat unsur-unsur hiburan yang melampau agar minda rakyat Malaysia tidak tercemar dek kerakusan media untuk mengaut keuntungan. Malaysia tetap boleh membangun walaupun kita tidak didedahkan dengan perkara yang melangkau batas agama. 

Pelbagai cara lain boleh digunakan untuk menyekat budaya hedonisme ini daripada berkembang luas. Sebagai gerakan mahasiswa, Aspirasi Mahasiswa menyeru rakyat Malaysia untuk menolak gejala hedonisme daripada berkembang luas di negara ini. Jadilah rakyat Malaysia yang punya minda kelas pertama. Elakkan daripada memalukan negara sendiri dan patuhi batas yang digariskan agama.

Selamatkan belia Malaysia! Kami tolak budaya hedonisme!

Saturday 15 March 2014

Forum Celik Minda Mahasiswa : Satu Cabaran Yang Menguji


Menulis sebagai salah seorang ahli sekretariat Celik Minda Mahasiswa (CMM) yang bekerja secara langsung untuk melaksanakan program ini dari awal hingga akhirnya. Andai kata setiap program tidak lari daripada masalah, saya yakin Forum Siri 2 : Literasi Politik –Dimanakah Mahasiswa Kita? kali ini menghadapi lebih banyak daripada program yang lain. 

Gerak kerja untuk melaksanakan forum ini bermula seawal dua minggu sebelum perlaksanaannya hari ini. Setiap hari semua ahli sekretariat bekerja bertungkus-lumus untuk memastikan program ini berjalan dengan licin dan lancar. Namun demikian, seawal jam 7:45 malam, siapa sangka Auditorium Siswa, Pusanika – dewan khas untuk semua siri forum Celik Minda Mahasiswa hari ini terputus bekalan elektrik. Benar, ‘malang tidak berbau’ namun kami tidak patah semangat. Tahniah kepada felo kolej dan rakan-rakan sekretariat yang terus berusaha untuk memastikan program ini terus berjalan lancar. Alhamdulillah, program terus berjalan di dewan kuliah DK3F203, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).

Ahli panel yang ditampilkan kali ini bukan calang-calang orang. Encik Anuar Ahmad, Saudara Anis Anwar dan Saudara Naim Fital. Kami bawakan panel dalan kalangan warga UKM sendiri. Mengapa? Kami yakin UKM mempunyai ramai bakat besar yang mampu membawa perubahan kepadakomuniti varsiti kesayangan kita. Kami sediakan platform sebagai wadah untuk mahasiswa mengemukakan pandangan melalui saluran yang betul, bukannya dengan lontaran persepsi dan spekulasi semata-mata. Bila dikritik, kita cepat melenting.
Kita hidup dalam dunia demokrasi, tetapi pengamalannya di mana? Kita masih berada di takuk yang sama, tiada perubahan. Program Celik Minda Mahasiswa ini diwujudkan agar mahasiswa UKM khususnya dapat mengaudit diri. Ubah demi komuniti varsiti yang lebih ideal!

Kami kecewa apabila Presiden PMUKM, Saudara Mustapha Kamal Husen seolah-olah bermain tarik-tali dengan kami. Beliau bersetuju untuk hadir sebagai panel pada siri forum kali ini, namun pada saat akhir beliau lari daripada hadir atas kapasiti sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia – satu badan yang mewakili seluruh warga UKM. Begitu juga dengan Saudara Jason Ng yang sepatutnya hadir mewakili PMUKM selepas presidennya gagal berbuat demikian. Beliau tidak hadir ke forum ini, namun dapat hadir ke sebuah lagi majlis yang secara tiba-tiba muncul – kebetulan tarikhnya sama dengan forum ini. Kami juga mendapat tahu semua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUKM) dibekukan daripada hadir sebagai panel pada siri kali ini. Mengapa ini terjadi? Bukankah MPP sepatutnya menjadi wakil suara ‘sebenar’ pelajar yang telah memilih mereka? Mengapa dalam kalangan MPP sendiri tidak dilihat kerjasama dan menyokong program anjuran satu sama lain?


Benar kata Saudara Naim Fital, jika benar Aspirasi Mahasiswa dan Gabungan Mahasiswa bekerja demi satu matlamat yang sama – kebajikan pelajar UKM keseluruhannya, mereka tidak akan bergaduh. Tidak ada suara-suara sumbang yang menyalahkan antara satu sama lain. Jadilah mahasiswa yang benar-benar faham literasi politik yang sebenar supaya setiap tindakan yang kita lakukan tepat dan benar. Tahniah Sekretariat Celik Minda Mahasiswa (CMM), teruskan misi murni anda!


"MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARISTI YANG IDEAL"

Grafik