Sunday 24 August 2014

GMUKM Gagal Memperjelas Isu Rayuan Pelajar STPM

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) telah menimbulkan polemik yang berterusan apabila mereka cuba menangani isu pelajar yang tidak berjaya memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT) melalui UPU dengan metod yang tidak selari dengan sistem dan tidak berkesan. Niat mereka yang baik ini akhirnya tercemar dengan tindakan populis mereka. Hal ini berlaku kerena mereka sendiri tidak merujuk kepada agensi kerajaan yang diberi kuasa perundangan (UPU) sebelum menjadi penghubung antara bakal mahasiswa dengan kerajaan. Akhirnya kegagalan ini sendiri telah menunjukkan sikap sesetangah perwakilan mahasiswa yang tidak menguasai kemahiran profesionalisme dan sistem birokrasi.

Polemik ini bukan sahaja memberi imej buruk terhadap agensi kerajaan tetapi secara langsung memberi kesan buruk kepada nama baik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) apabila tindakan tidak professional ini telah disandarkan kepada UKM melalui logo rasminya dan Yang Di-Pertua PMUKM telah menjadi salah satu pendokong utama usaha tersebut. Maka, Aspirasi UKM telah tampil mempersoalkan tindakan barisan MPMN (yang didalangi kelompok Pro-M) melalui videonya :- 




Lawati Page Urusetia Aspirasi UKM untuk maklumat lanjut.

Rantaian kemelut ini menjadi semakin kompleks kerana GMUKM akhirnya telah bersuara sebagai refleks kepada kejadian malang ini. Namun jangkaan saya terhadap barisan GMUKM untuk menjelaskan isu ini dengan baik adalah tersasar jauh kerana mereka bukan sahaja tidak mampu menampilkan maklum balas yang nyata tetapi juga memutar isu 360ยบ.



Inilah permainan hebat GMUKM dan penyokong tegar GMUKM diperingkat UKM dan Pro-M di peringkat nasional pasti akan terpedaya dengan helah murahan ini. Namun saya yakin mahasiswa hari ini bijak untuk berfikiran kritikal dan analitikal untuk mengintepretasi kejaian ini dengan fikiran yang matang. Akhirnya satu persoalan peribadi timbul, adakah sekadar ini sahaja keintelektualan yang ingin mereka pertontonkan kepada mahasiswa kini? Andai benar ‘ya’ jawapannya, maka nasihat saya hentikanlah perjuangan anda sebelum kemudharatan yang dicipta ini kian merebak.

"Memupuk Budaya Komuniti Varsiti Yang Ideal"

Majlis Perwakilan Pelajar,
Umum 1/2 2013/2014
Universiti Kebangsaan Malaysia.

1 comments:

Perjuangan itu harus bersifat dedikasi dan berstrategi. Kalau main langgar je, habislah usaha tu menjadi sia-sia. Kita pun dah ada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) untuk membawa suara mahasiswa dalam persidangan.

Alhamdulillah, isu ini telah ditangani dengan baik oleh UPU sendiri.

Post a Comment