Quote by John C. Maxwell

A leader is one who knows the way, goes the way, and shows the way

MPP UMUM 1/2

Petikan kata-kata ikon Aspirasi Mahasiswa, Kolej Burhanuddin Helmi

MPP UMUM 1/2

Petikan kata-kata ikon Aspirasi Mahasiswa, Kolej Burhanuddin Helmi

Tuesday 26 September 2017

KUNJUNGAN HORMAT MPP ASPIRASI KOLEJ BURHANUDDIN HELMI DENGAN PENGETUA

Image may contain: 4 people, people smiling, people standingPetang tadi, MPP Aspirasi Kolej Burhanuddin Helmi telah mengadakan kunjungan hormat bersama pengetua bagi menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan terhadap Aspirasi UKM.
Dr Muhammad Rahimi bin Yusop turut menyampaikan sedikit amanat kepada MPP Aspirasi KBH dengan memberikan nasihat, kata2 semangat dan dorongan untuk MPP Aspirasi KBH menjalankan tugas mereka sebagai MPP UKM kelak.
Beliau turut mengatakan bahawa pilihan Raya Kampus adalah salah satu acara yang penting dalam menentukan siapa pemimpin yang bakal memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Universiti sangat menginginkan pemimpin pelajar yang mesra dengan universiti bagi memudahkan urusan dan sebagainya.
Kunjungan ini sekaligus dapat memberikan Aspirasi kepada MPP Aspirasi kerana mereka tidak berseorangan dalam menjalankan tugas dan mereka mempunyai sokongan daripada pentadbiran kolej mahupun universiti.

Universiti ku, Aspirasi ku.

NURALYAA IZZATI BINTI AZMAN
TAN PUI SAN
WAN ILISIEMA ZAKIRAH BINTI NUSI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
ASPIRASI UKM 2017/2018

Thursday 28 August 2014

Gabungan Mahasiswa UKM Masih Di Takuk Lama

Serangan siber yang dilancarkan GMUKM saban tahun untuk memanipulasi psikologi dan persepsi mahasiswa/wi UKM dan bakal pelajar tahun 1 setiap kali sesi kemasukannya telah mulai hilang kreativitinya. Barangkali ketandusan modus operandinya menyebabkan daya keintelektualan dan budaya ilmu yang kononnya disanjungi ketika dahulu merundum dengan pesatnya.


Penulis melihat melalui post yang dipaparkan melalui Facebook rasminya hanya menunjukkan bahawa golongan ini semakin hari semakin paranoid dengan bayang ‘Aspirasi’. Penulis yakin bahawa mereka sendiri berasa kabur dengan pengisian ‘Apresiasi Aspirasi’ sebagaimana yang telah direncanakan untuk dijayakan oleh semua Pemudah Cara (PC) 14/15 ini. Akhirnya mereka hanya menimbulkan kontroversi pada satu slot itu sahaja melalui penandaan yang telah dibuat. Kegagalan mereka memahami slot itu juga sebagai tanda kesombongan mereka untuk tidak bertanya kepada yang arif perihal pengisian ataupun PC pro GMUKM sendiri gagal memberi kefahaman yang baik kepada kumpulan sokongan mereka.

Perkara yang lebih mengecewakan dalam post tersebut apabila tentatif yang telah dirancang dengan penuh teliti demi memenuhi aspirasi (rujuk makna -  http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aspirasi) universiti dan negara gagal difahami dengan baik oleh GMUKM. Kejahilan dalam memahami tujuan sebenar pengisian Minggu Mesra Mahasiwa (dahulunya Minggu Mesra Pelajar) hanya membawa mereka kepada satu isu yang cukup remeh, “Isu Aktiviti Tamat Mengikut Jadual” . Di manakah keupayaan analisis yang kritikal yang mereka bicarakan? Adakah hanya satu retorik semata-mata? Apakah peranan PMUKM yang sewajarnya memberi kefahaman kepada golongan ini berkaitan hasrat Dato’ Naib Canselor untuk menerapkan semangat The Guardian of Nation dalam kalangan pelajar kemasukan baru ini?

Maka penulis dapat memahami bahawa mereka hanya berniat untuk mengganggu gugat perjalanan program Minggu Mesra Mahasiswa sahaja dan menimbulkan ketidak senangan kepada bakal mahasiswa UKM sesi 2014/2015. Kesimpulannya kami daripada urusetia Aspirasi UKM menasihatkan kepada mereka agar berfikirlah dengan bijak selaras dengan kedudukan mereka sebagai mahasiswa yang dipandang sebagai golongan ilmuan muda. Andai mereka gagal memahami maksud ini, maka benarlah budaya politik dan tahap keilmuan mereka masih di takuk lama.

Monday 25 August 2014

Minggu Mesra Pelajar kepada Minggu Mesra Mahasiswa

Assalamualaikum W.B.T

Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk bakal mahasiswa yang mendapat tawaran di pusat pengajian seluruh Malaysia akan memasuki alam pengajian baru. Ini juga bermaksud mereka akan memasuki satu fasa yang lebih tinggi di dalam hidup. Segala persiapan masih lagi sibuk dilakukan tidak kiralah oleh pihak Univeristi atau bakal mahasiswa itu sendiri.

Malah, tidak ketinggalan Universiti Kebangsaan Malaysia yang sibuk dengan segala persiapan bagi menyambut bakal mahasiswa yang akan ke sini. Jadi, di sebalik segala persiapan yang dilakukan, pihak Universiti Kebangsaan Malaysia turut menjanjikan suatu minggu perkenalan yang diberi nafas baru, idea yang dilontarkan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dato. Dr Norazlan Ghazali.

Jadi, lontaran idea menukar nama Minggu Mesra Pelajar kepada Minggu Mesra Mahasiswa juga tepat pada masanya yang dilihat menjanjikan satu minggu yang pastinya menyeronokkan, informatif, serta melibatkan ramai pihak termasuk ibu bapa dan pihak fakulti itu sendiri.

Masih tidak terlambat lagi rasanya jika kami di barisan Aspirasi Mahasiwa Kolej Burhanuddin Helmi mengucapkan selamat datang ke Universiti Kebangsaan Malaysia. Selamat Maju Jaya.

Guardian of the Nation